Kelas Asas ICT (Pengenalan Kepada Cara Penggunaan Komputer)

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Ahad, 16 Disember 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Pengenalan Kepada Cara Penggunaan Komputer’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas menggunakan komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diterangkan cara-cara asas menggunakan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kekunci. Peserta juga diterangkan cara-cara menggunakan ‘button shortcut’ seperti membuat fail baru, cara menyalin dan menampal, cara membuang fail dan banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali